Wednesday, August 22

Guan Eng Dapat Peluru Hentam Pemuda UMNO?


Guan Eng tetiba mendapat peluru menghentam Pemuda UMNO hanya kerana Posting Facebook yang kecoh beberapa hari sebelum ini.Bagi MKP ini perlu diperjelaskan dengan lebih terperinci siapa yang mengendalikan FB Pemuda UMNO tersebut.Pendapat MKP sebagai Ahli Pemuda menafikan tanpa bukti dan hanya bersandarkan pada laporan Polis tidak memadai.

Khairy Jamaluddin menyahut cabaran Lim Guan Eng dengan berkata, Peguam Negara boleh mendakwa Pemuda Umno dan pihaknya bersedia untuk membuktikan siapa yang betul dalam isu laman sosial Facebook yang kontroversi. 
Menjawab kenyataan Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, Khairy berkata, "Guan Eng nak main politik, kata Pemuda (Umno) hasut.""Kami sedia didakwa. Bawa ke mahkamah. Tengok siapa betul," kata beliau.


Khairy membuat respons ini ekoran kenyataan Guan Eng di Georgetown semalam, antara lain menggesa Peguam Negara supaya mendakwa Pemuda Umno berhubung poster provokasi yang dibawa oleh sebuah laman Facebook atas nama pergerakan itu hujung minggu lalu.

Adakah Guan Eng yang terdesak mencabar (Peguam Negara) AG agar mendakwa Pemuda Umno atas penyebaran poster yang menyinggung, Atau hanya mencari publisiti murahan untuk menghentam Pemuda UMNO.Penafian dan laporan Polis telah dibuat oleh Pemuda UMNO.

Khairy juga menambah: "Saya mahu AG teruskan (langkah) dan mendakwa Pemuda Umno dan saya sebagai ketua."
 
"Walaupun tanpa (Seksyen) 114A (Akta Keterangan) saya yakin dapat membuktikan bahawa kami tidak bertanggungjawab (atas isu tersebut)," kata beliau merujuk kepada seksyen yang turut muncul sebagai perkara kontroversi itu baru-baru ini.Khairy merupakan antara pemimpin BN yang mahu seksyen itu dikaji semula.
MKP Ayat Sempoi : Dedahkan saja sapa yang bertanggungjawab? 

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive