Tuesday, June 26

ZURAIDAH AKA MAK LAMPIR INI NATIJAHNYA BILA SERBU TEMBOK TAK PAKAI HELMET?


Zuraidah Kamaruddin AKA Mak Lampir nie kena belajar pakai helmet sebelum nak serbu tembok.Niat dan cita-cita tinggi nak cabar PM di Parlimen.Apapun tidak boleh salahkan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.Ahli Parlimen PKR Ampang itu mungkin nak tunjuk hebat kepada penyokongnya di luar sana beliau juga mampu berentap debat dengan seorang Perdana Menteri di Parlimen.

Cuma cara dan apa yang dipersoalkannya semberono.Sebagai Ahli Parlimen beliau sepatutnya tahu ia kuasa perogratif seorang Perdana Menteri melantik menteri dan menentukan bila hendak bubar parlimen untuk pilihanraya umum.

Namun Zuraida yang digelar 'Taliban' oleh orang-orang PKR main sondol saja.Ini membuatkan Najib balon beliau kerana mempersoal perkara yang tidak ada kaitan dengan sidang Dewan Rakyat.Ia berlaku pagi Isnin semasa Zuraida mengemukakan soalan tambahan pada soalan asalnya berhubung Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

DS Najib hadir menjawab soalan itu atas kapisitinya sebagai menteri berkenaan yang beliau sandang selepas Datuk Seri Shahrizat Jalil melepaskan jawatan itu 8 April lalu.Semua orang tahu Najib cuma memegang sementara sahaja jawatan itu kerana pilihanraya umum kena diadakan dalam tempoh sebelum April tahun depan.

Zuraida yang mungkin cuba nak dapat milage politik dari kalangan wanita mempersoalkan mengapa Najib mengambil alih jawatan itu kerana mendakwa ia seharusnya diberikan kepada wanita sebagai bukti pelaksanaan dasar 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan.

"Tak usah gusar, saya pegang sementara sahaja sampai pilihan raya. Bila BN menang nanti insya-Allah kita beri wanita ambil alih kementerian," katanya.

"Yang berhormat berkenaan tidak mencerminkan kesopanan sebagai seorang wanita...mulut dia boleh tahan."Wanita kita jauh lebih baik daripada wanita sebelah sana,"kata Najib membidas Zuraida.

Tak cukup itu, Zuraida turut mencabar Najib membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU-13 diadakan.

Ini telah mengundang Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegurnya.Perbuatan itu secara jelas hendak cabar kuasa ekslusif Perdana Menteri.

Dan sebagai perbandingan dalam soal lantikan itu Zuraida sepatutnya tumbuk meja Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (yang juga ada kuasa perogratif) mempersoalkan mengapa portfolio Exco Agama tidak diserahkan kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dari kalangan parti PAS.

Jawatan Exco Agama disandang oleh Datuk Dr Hasan Ali sebelum beliau dilucutkan dari jawatan itu kerana krisis dengan PAS.

Dr Ahmad Yunus Hairi dari Ahli Dewan Undangan Negeri PAS kawasan Sijangkang dilantik ke jawatan Exco ganti Dr Hassan.Namun beliau pegang portfolio Belia.Portfolio Agama kini dipegang oleh Khalid.

Khalid 'buat tak faham saja' sekalipun ada pihak termasuk ahli PAS yang mempersoalkan perkara berkenaan.

Kalau Zuraida ada rasa malu mengenang hal itu mungkin beliau tidak akan bertanya kepada Perdana Menteri soal beliau pegang sementara jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.Ini kerana isu Khalid dengan PAS di Selangor terbentang di depan biji matanya.

Tak cukup setakat itu,apa kata Ketua Wanita PKR itu melangkah pula ke Pulau Pinang dan mempersoalkan kuasa Lim Guan Eng kenapa tidak melantik Datuk Salleh Man ,satu-satunya Ahli Dewan Undangan Negeri PAS sebagai Exco.

Malah jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang dibagi kepada orang PKR, Abdul Malek Kasim yang juga Exco Kerajaan Negeri.

Hakikatnya siapa yang lebih arif tentang bab agama antara orang PAS dengan PKR.

Setelah heboh isu itu barulah jawatan itu hendak dibagi kepada Salleh.

Namun Salleh tetap tidak merasa jawatan Exco.

Orang-orang PAS dikatakan cukup bengang hal ini tetapi biasalah mereka hanya berani merungut 'dalam kelambu' mengenangkan nasib Persurhjaya PAS Negeri mereka itu yang dipinggir oleh kerajaan Guan Eng.

Sementara itu ketika menjawab soalan asal Zuraida di Dewan Rakyat ,Perdana Menteri mengumumkan bahawa bulan November diisytiharkan sebagai Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia bermula tahun ini sebagai langkah mengukuhkan institusi keluarga.

Katanya syarikat swasta yang menganjurkan hari keluarga untuk pekerja-pekerja mereka, rebat atau potongan 100 peratus akan diberikan untuk semua perbelanjaan keraian.

Beliau berkata langkah itu dibuat untuk memberi keutamaan kepada perspektif keluarga dalam pembangunan sosioekonomi negara.

Katanya ia selaras dengan Gerakan 1Malaysia Family First di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang dilancarkan pada 17 Jun lepas menerusi pelaksanaan Dasar Keluarga Negara.

"Kementerian amat menitikberatkan pengukuhan isntitusi keluarga kerana ia merupakan kunci kepada kejayaan sesebuah negara" katanya.

Beliau juga memberitahu bahawa kerajaan sedang memastikan kumpulan wanita yang kompeten untuk diketengahkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah di Syarikat Awam Tersenarai (PLC) selaras dengan keputusan kerajaan untuk melaksanakan Dasar Sekurang-Kurangnya 30 Peratus Wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat.

Katanya bagi ke arah itu Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah melaksanakan inisiatif Program Pengarah Wanita bertujuan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran kritikal golongan tersebut dalam melaksanakan peranan sebagai Ahli Lembaga Pengarah menerusi kaedah latihan yang berstruktur dengan mengambil kira kemahiran teknikal serta sifat terpuji.

Beliau berkata disasarkan seramai 200 orang pengarah wanita akan dilatih menjelang bulan Disember ini.

"Setakat ini, seramai 20 orang pengarah wanita yang berkaliber telah dilatih pada Februari lepas dan siri selanjutnya akan diadakan pada bulan depan," katanya.

Najib berkata selain itu satu daftar Ahli Lembaga Pengarah Wanita juga telah beroperasi pada April lalu sebagai sumber calon wanita korporat yang kompeten dan sesuai untuk dilantik di dalam PLC.

Di samping itu beliau berkata KPWKM dan TalentCorp sedang mengadakan program untuk mengenal pasti peluang pekerjaan yang sesuai kepada wanita profesional termasuk membangunkan micro-site, satu pangkalan data khusus bagi wanita profesional yang ingin kembali bekerja.

Beliau berkata micro-site yang bakal dilancarkan pada bulan depan itu akan berperanan untuk memadankan golongan berkenaan dengan syarikat-syarikat yang mempunyai insentif dan kemudahan sokongan.

Katanya bagi syarikat-syarikat terbabit, kerajaan akan memberikan insentif potongan cukai berganda ke atas perbelanjaan latihan mulai tahun taksiran 2013.

Dalam perkembangan lain Najib berkata seramai 80,597 orang telah menyertai Program 1Azam bagi tempoh Januari 2011 hingga 30 April lalu dan jumlah itu di jangka mencapai 100,000 orang menjelang akhir tahun ini.

"Program ini telah menampakkan keberkesanannya berdasarkan kepada jumlah penyertaaan khususnya daripada senarai e-Kasih dan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat meliputi kawasan bandar dan luar bandar," katanya.AD

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive