Tuesday, June 19

GUAN ENG DICABAR TUNJUKKAN BUKTI? @BNPenang4u @DZainalAbidin


Kerajaan DAP Pulau Pinang didakwa telah meluluskan sebanyak 19 projek pembangunan lereng bukit dalam masa empat tahun.

Sehubungan dengan itu, Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri Oh Tong Keong mencabar 
Ketua Menteri Lim Guan Eng mengemukakan dokumen berkaitan kelulusan semua projek pembangunan lereng bukit yang melebihi ketinggian 250 kaki dari paras laut sejak mereka memerintah.



"Bagaimanapun, projek yang diluluskan oleh kerajaan DAP sejak memerintah negeri pada Mac 2008 ialah 19 projek dan perkara ini tidak dikemukakan untuk pengetahuan rakyat.

"Ini bermaksud jumlah kelulusan projek lereng bukit yang diluluskan kerajaan DAP ialah lebih empat kali ganda berbanding kerajaan BN," katanya pada sidang akhbar di kawasan bukit di Sungai Ara yang dikatakan bakal "dikorbankan".

Guan Eng dalam satu sidang akhbar baru-baru ini mendedahkan senarai 37 projek di lereng bukit yang diluluskan kerajaan BN antara tahun 1985 hingga 2008.

Malah beliau mendakwa Majlis Pembandaran Seberang Perai (MPSP) telah mengeluarkan arahan "stop work order" (arahan pemberhentian bekerja) sebanyak 11 kali dan Majlis Pembandaran Pulau Pinang (MPPP) sebanyak 259 kali bagi membuktikan bahawa kerajaan DAP bersikap tegas terhadap pemaju.

Kenyataan tersebut turut dibidas Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Ir.Shaik Hussein Mydin dengan mendakwa Guan Eng cuba megelirukan rakyat selain mempertikaikan pembangunan yang tidak seimbang untuk rakyat kurang berkemampuan di negeri itu.


Dalam pada itu Ketua Biro Kerajaan Tempatan Parti Gerakan Pulau Pinang, Teh Leong Meng yang ditemui berasa hairan dengan sikap kerajaan negeri yang tidak mengambil sebarang pendekatan untuk menyelamatkan kawasan bukit di negeri itu kerana menurut beliau antara 19 projek tersenarai, sebahagian daripadanya merupakan projek kerajaan sebelum ini.

"Mereka mempunyai kuasa sekarang tetapi mengapa tidak menolak permohanan pembaharuan lesen tersebut kerana ia bukan diberi secara automatik. Jika Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPP) tidak keluarkan permit, pemaju tidak boleh memulakan kerja mereka.

"Perkara ini membuktikan kerajaan negeri tidak ikhlas dalam menangani masalah kemusnahan lereng bukit yang melampau di Pulau Pinang," katanya kepada pemberita.

Sehubungan dengan itu BN Pulau Pinang khuatir akan implikasinya terhadap keselamatan umum sekiranya undang-undang kecil dilanggar sewenang-wenangnya.

"Apakah kerajaan negeri mahu tragedi Highland Tower yang berlaku dahulu berulang kembali," tambah beliau.

Difahamkan, projek yang bakal dibangunkan di kawasan lereng Bukit di Sungai Ara itu ialah 600 unit kediaman dengan 92 unit banglo dan 508 kondominium mewah manakala satu lagi syarikat akan membina pangsapuri setinggi lima hingga 14 tingkat termasuk dua kelab pada kedudukan yang dikategori bercerun.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive