Monday, April 23

KAUM INDIA BOLEH GOYANG KEPALA DENGAN KEHADIRAN PM?


Gembira dan seronok apabila kehadiran PM semalam menyuntik semangat kepada kaum India yang sebelum ini telah dikecewakan oleh DAP kerana sikap pemimpin mereka hanya berjanji PALSU kepada mereka.Dengan kehadiran begini menampakkan sokongan terhadap BN dari kaum India sememangnya tidak berbelah bahagi hinggakan dewan sesak dan penuh dan ada yang berdiri dikanan dan kiri dewan mendengar ucapan PM semalam berikut adalah MKP petik dari Mstar.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad berkata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum India dan Cina kini menunjukkan sikap terbuka untuk menjalin hubungan dengan Barisan Nasional (BN).

Katanya sikap terbuka itu adalah kerana mereka mula menyokong dasar transformasi kerajaan yang memberi ruang kepada rakyat untuk memberi pandangan dan sumbangan.

"Saya boleh dapat gambaran (menerusi perjumpaan dengan NGO) akan apa yang penting bagi mereka, apa yang boleh dipertimbang kerajaan berdasarkan kepada peranan yang 'impactful' ataupun yang ada kesan oleh NGO berkenaan," katanya.

Perjumpaan tertutup dengan NGO yang mewakili kaum India dan Cina anjuran Kelab Penyokong 1Malaysia di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini Ahad.

Perdana Menteri berkata menerusi perjumpaan dengan NGO, mereka juga memberi pandangan tertentu untuk menambah baik dasar kerajaan.


"Menjadi hasrat saya untuk menghadiri pertemuan seumpama ini bagi mendapatkan pandangan dan cadangan untuk dipertimbangkan oleh kerajaan," kata beliau.

Menjawab soalan mengenai tahap sokongan rakyat terhadap BN sekarang, Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata BN akan berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan sokongan rakyat dan beliau menghargai semangat baru yang ditonjolkan oleh rakyat.

Najib berkata BN akan terus berkomunikasi dengan rakyat di Pulau Pinang bagi menjelaskan bahawa kejayaan negeri ini adalah hasil usaha yang dilakukan oleh kerajaan BN sebelum itu.

"Infrastruktur yang telah kita bina selama ini termasuk juga jumlah pelaburan ialah kerana 'reinvestment' yang dilakukan oleh firma-firma yang telah wujud di negeri ini kerana usaha yng dilakukan oleh kerajaan BN. Jadi kita akan bentangkan kepada rakyat apa yang telah kita lakukan dan rakyat boleh menilai," katanya.

Mengenai perkembangan senarai bakal calon BN untuk pilihan raya umum ke-13, Perdana Menteri berkata BN masih menerima senarai nama yang hendak dicadangkan oleh parti komponen masing-masing.

Katanya BN Pulau Pinang diberi masa untuk mengatur strategi baru dengan pelantikan Setiausaha Agung parti Gerakan Teng Chang Yeow sebagai Pengerusi B Nnegeri yang baharu.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive