Sunday, April 15

ALFATIHAH KEPADA PEMUDA BN PERAK. @Azwanbro


Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Perak melahirkan rasa dukacitanya terhadap insiden kemalangan
jalanraya yang meragut nyawa ahlinya Maffuz Meor Abdullah Sani. Pengerusinya Khairul Azwan Harun turut merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Maffuz.


Maffuz yang berasal dari Lenggong meninggal setelah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya di Lebuhraya Utara Selatan dekat Kuala Kangsar ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri program Pemuda Pilih BN di kediaman Menteri Besar petang semalam. Majlis anjuran Pemuda BN Negeri itu menyaksikan lebih 10,000 pemuda dan puteri seluruh Perak.

"Allahyarham adalah seorang yang aktif dan komited di dlm setiap program2 kemasyrakatan. Pemuda negeri akan menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merngankan beban keluarga allahyarham.

Saya juga ingin menyampaikan salam takziah daripada MB Perak dan Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin di atas insiden ini. Sesunguhnya takdir ini tidak akan mematahkan semangat pemuda untuk meneruskan perjuangan barisan nasional.

Pemuda BN mengiktiraf segala jasa dan bakti allhyarham dan menganggap beliau adalah seorang wira pemuda perak. Semoga rohnya dicucuri rahmat," katanya


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive