Friday, February 24

BALANCE DEPOSIT RM86.9 JUTA UNTUK PROJEK BAYAN MUTIARA DAH HILANG KE MANA?



Lim Guan Eng setelah dibelasah kiri kanan atas bawah berkenaan dengan projek mega Bayan Mutiara agak melalut apabila kononnya memberi penjelasan yang sebenarnya kepada orang ramai. Lim Guan Eng kata.. projek mega Bayan Mutiara ni telus , tender terbuka, takde main nego-nego punya.

Lim Guan Eng kata lagi, IPGB (Ivory Properties Groub Bhd) diberi tender sebab tawaran yang paling tinggi sekali dengan syarat tambahan iaitu mengurangkan tempoh masa pembayaran dari 8 ke 5 tahun . IPGB bersetuju dengan syarat tambahan ini , segala pengumumaan akan di rekodkan di Bursa Malaysia.

Dari rekod Bursa Malaysia yang boleh dilawati di sini . Perkara 2.1.7 antaranya menyatakan bahawa "Pertimbangan untuk pembelian tanah bernilai RM 1,072,203,264 (oleh Ivory) adalah berdasarkaan rundingan di antara Ivory, CMI dan PDC , sebelum 'Letter of Award' di keluarkan " , lebih kurang macam tu la bunyinya kalau dalam bahasa Melayu .. original version kat dalam gambar bawah ni.

Perkara 2.1.8 pulak , menyatakan bahawa lebih kurang 10% adalah untuk pembayaran pertama iaitu berjumlah RM 109,093, 920 . Rujuk gambar di bawah untuk 'payment milestone' yang lain.


Dalam satu kenyataan akhbar pada 18 Feb 2012 , IPGB menjelaskan bahawa tender Bayan Mutiara ni sememangnya tender terbuka, CEO IPGB Datuk Low Eng Hock juga menjelaskan bahawa pembayaran deposit sebanyak RM 22.1 juta dah dijelaskan. Dia sambung lagi ... "bakinya akan dijelaskan mengikut pembayaran yang telah dijadualkan selepas persetujuan pemegang2 saham IPGB dalam mesyuarat luar biasa yang akan diadakan pada 5 March 2012 " , aku translate dari ayat asalnya iaitu ; "The remainder will be paid according to the scheduled progress payment after IPGB's shareholders' approval at the extraordinaray general meeting scheduled on March 5,"  (sumber)

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive