Wednesday, January 25

Video " PAS bukan Agama " yang wajib ditonton umat Islam.



PAS bukan agama, sebaliknya PAS merupakan satu parti politik, tegas YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali, ADUN Gombak Setia, di Dewan Orang Ramai Meru Klang, dalam Majlis Bicara Memurnikan Aqidah Ummah, 20 Jan.

“PAS bukan agama. PAS adalah mekanisme untuk membawa agama dalam hidup. PAS adalah sebuah parti, macam parti-parti lain untuk berjuang menegakkan sesuatu idealisme”, katanya.

Dr Hassan berkata PAS sekarang tidak lagi boleh diharap untuk menjaga agama dan kini menjadi parti yang berbeza daripada parti yang dimasuki 15 tahun dulu.

“Dulu saya masuk PAS, 15 tahun yang lalu, saya yakin pertama sekali PAS nak menegakkan negara Islam, bersendikan Al Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias..sebab itu saya masuk PAS.

“Saya masuk PAS kerana kepimpinan ulamak. Atasnya ulamak, presidennya ulamak, timbalan presidennya ulamak, naib presidennya ulama, sebab saya perlu dipimpin ke jalan yang benar oleh ulama.

“Sekarang ini..dalam pimpinan PAS, ulama yang tinggal lebih kurang 23% sahaja, 72.28% adalah orang yang bukan ulama, pada masa yang sama ada orang mengatakan mereka itulah parasit-parasit dalam PAS”, katanya.AIDC

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive