Thursday, January 19

Video Karaoke Khalid Perli PAS,Biar Bulan Bicara Sendiri?

Setelah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor mengumumkan pengambialihan porfolio Pengerusi Hal Ehwal Islam semalam, video beliau sedang berkaraoke mula tersebar di internet.
Rakaman video itu dibuat oleh channel pro Pakatan Rakyat, ‘mediarakyat’ yang merakamkan aksi Khalid sedang berkaraoke dalam satu majlis makan malam PKR, Kuala Langat pada 11 Jun tahun lepas.
Dalam sidang media semalam, Khalid mengumumkan beliau mengambil alih porfolio Hal Ehwal Agama yang sebelum ini disandang oleh Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dari PAS.
Khalid turut mengumumkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi, wakil dari PAS sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru untuk menjaga porfolio Adat Resam Melayu dan Belia dan Sukan.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive