Thursday, January 19

Kak Ijat Mula Langkah, Saman Mak Lampir dan Tanggang Rafizi.



Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menfailkan saman ke atas dua Pemimpin PKR iaitu Ahli Parlimen Ampang YB. Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
Saman tersebut dikeluarkan berikutan tindakan kedua-dua individu tersebut yang didakwa telah mengeluarkan kenyataan berbentuk fitnah ke atas dirinya mengenai Syarikat milik suami Shahrizat iaitu Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC).
Shahrizat yang diwakili Peguam beliau Safie Abdullah mendakwa, saman tersebut merupakan saman yang dikeluarkan Ketua Wanita UMNO Malaysia itu sendiri berdasarkan serangan bertubi-tubi sehingga mengaibkan beliau.
Safei telah menfailkan saman malu itu di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini sebentar tadi.
Sebelum ini, kedua-kedua Pemimpin kanan Parti pimpinan Datuk Seri Dr. Wan Azizah itu telah menyerang Shahrizat berkenaan isu NFC yang turut melibatkan pembelian 2 kondominium sebagai salah satu aset syarikat terbabit.
MKP kata:Gambaq diatas hanyalah untuk tatapan tiada kena mengena dalam artikel ini.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive