Tuesday, January 31

DAP Tunggang PAS di Pulau Pinang!

Jika benar DAP berniat ikhlas, jujur dan tidak cauvinis sudah pasti wakil rakyat Pas dilantik ke jawatan Exco negeri Pulau Pinang. Apakah DAP tidak sedar bahawa penyokong Pas juga ada memberi sumbangan terhadap kemenangan parti itu di negeri ini”, demikian pandangan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

Justeru beliau yakin tindakan DAP yang ketika ini begitu ghairah untuk memancing orang Melayu menyertai parti itu adalah satu agenda licik untuk mereka membuat persediaan bagi menyingkirkan PKR dan Pas apabila tiba masanya nanti.

“Saya telah menerima maklumat bahawa DAP Pulau Pinang akan meletakkan calon berbangsa Melayu di kerusi Parlimen dan DUN semasa pilihanraya umum akan datang. Ini adalah salah satu cara dan taktik halus mereka untuk menikam belakang PKR dan Pas.

“Cuba kita lihat kembali, pada pilihanraya umum lalu, DAP memenangi 19 kerusi daripada 40 yang dipertandingkan. Kejayaan mereka ini dilihat adalah hasil daripada sokongan penyokong-penyokong Pas yang mengundi mereka. Tetapi apabila mereka berjaya menguasai Pulau Pinang, tiada seorangpun pemimpin Pas yang dilantik sebagai Exco Negeri”,

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal percaya tindakan mereka untuk meletakkan orang Melayu sebagai calon mereka tidak lebih sekadar ‘membeli’ jiwa orang Melayu.

“Sekiranya calon Melayu diletakkan dan rakyat pula memberikan mandat kepada mereka, ini bermakna DAP akan berkuasa sepenuhnya tanpa perlu melibatkan PKR dan Pas kerana mereka telah ada calon Melayu dari parti mereka sendiri.

“Inilah cara licik mereka untuk berkuasa sepenuhnya dan menyingkirkan rakan sekutu mereka. Kita berharap agar penyokong Pas dan PKR tidak terus diperguna dan diperodohkan oleh DAP ini,” ujarnya.

Beliau juga menyeru kepada semua penyokong PKR dan Pas agar dapat mempertimbangkan semula sokongan mereka terhadap DAP kerana sejak pakatan pembangkang ini diwujudkan ternyata yang mendapat untung besar ialah DAP bukan Pas mahu pun PKR.

“Lihatlah apa yang telah terjadi kepada Pas setelah bergabung dengan pakatan pembangkang. Parti mereka bergolak dan perjuangan mereka kini jauh tersasar. DAP memang berharap agar orang Melayu berpecah kerana kekuatan perpaduan orang Melayu adalah kelemahan utama DAP,” ujarnya lagi.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive