Monday, November 21

Pok Nik Gagal Tadbir Ayaq Kelantan.


Melihat kepada pengakuan Pok nik nie adalah amat skema sekali dengan mengaku gagal menguruskan isu air dikelantan yang sekarang ini berada ditahap kritikal sekali.Umum tahu ayaq adalah keperluan yang perlu dan dimestikan dalam kehidupan harian.Jika masalah ini pun gagal ditangani oleh beliau maka apa gunanya lagi memegang lagi menteri besaq kelantan yang kertu itu.Ini adalah soal prinsip sebagai pemimpim perlu megutamakan keperluan rakyat.Termasuk jugaklah Pemimpin dari kelantan seperti Saifuddin Nasution yang lantang bersuara akan tetapi orang yang memilihnya sebagai pemimpin gagal mengatasi keperluan rakyat.jika begini kesudahannya nasib yang diterima oleh rakyat kelantan apa gunanya pemimpin sebegini.berilah ruang kepada UMNO kelantan untuk mengubah keadaan dalam PRU 13 akan datang ini.


JELI 20 Nov. - Kerajaan Pas Kelantan digesa mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah kualiti air yang digunakan oleh rakyat di negeri ini kerana ia mengancam kesihatan dan nyawa pengguna.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kualiti air amat penting kerana ia boleh mencetuskan penyakit berjangkit yang membahayakan manusia.

Beliau berkata, Kerajaan Pas Kelantan juga perlu memastikan kualiti air yang dibekalkan kepada rakyat di negeri ini sama dengan negeri-negeri lain kerana bukti saintifik menunjukkan ia jauh ketinggalan.

"Di Kelantan ada dua isu air, pertama kualiti air, kedua bekalan air ada atau tidak. Kualiti air penting kerana ia memberi kesan kepada kesihatan dan mencetuskan pelbagai penyakit.

"Kalau kita lihat statistik Jabatan Kesihatan negeri, penyakit-penyakit berpunca daripada air di Kelantan cukup tinggi, sudah pasti ia menyebabkan penyakit tertentu akan merebak. Kita minta pihak berkenaan supaya mengambil tindakan segera, kalau nasi sudah jadi bubur tiada guna lagi," katanya.

READ MORE

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive