Sunday, November 27

GEMPAR!!!.... Projek Taman Tema Air Di Teluk Bahang.



Difahamkan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Lim Guan Eng (LGE) melalui Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah meluluskan  sebidang tanah berkeluasan 44 hektar yang bernilaiRM120 juta untuk dijadikan Penang Theme Park (PTP). 


Fasa Pertama yang merangkumi keluasan sebanyak 17 hektarini  akan dibangunkan sebagai 'adventure park' dan 'water park' dan dijangka siap pada tahun 2013. Tanah milik Pihak Berkuasa Air Pulau Pinang (PBAPP) akan dipajakkan (mungkin selama 60 tahun) kepada sebuah syarikat yang difahamkan telah dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri. Difahamkan juga ada beberapa pihak di PBAPP tidak bersetuju dengan cadangan ini memandangkan cadangan tersebut terlalu hampir dengan Empangan Teluk Bahang dan boleh menjejaskan sumber air utama rakyat negeri Pulau Pinang.


Penulis pernah belajar subjek Geografi di zaman persekolahan satu ketika dahulu dan penulis masih ingat bahawa di kawasan tadahan air, pokok-pokok dikeliling kawasan tersebut memainkan peranan agar sumber tidak terus melimpah ke bawah dan seterusnya dapat mengelak dari sebarang kejadian yang tidak diingini.


Justeru itu Laporan Penilai Kesan Alam Sekitar atau Environmental Impact Accessment (EIA) adalah amat penting sekali bagi memastikan keberkesanan projek ini selaras dengan kehendak semasa di samping mampu memelihara alam sekitar. Namum penulis yakin bahawa projek ini bakal sedikit sebanyak akan mengganggu sumber air utama rakyat di negeri Pulau Pinang ini.


Kerajaan Negeri ternyata begitu rakus di dalam melaksanakan sebarang projek demi mengaut keuntungan segera tanpa memikirkan tentang kerosakan alam semulajadi yang bakal memberikan kesan jangka panjang kepada seluruh penduduk negeri Pulau Mutiara ini. Banyak lagi tapak yang difikirkan sesuai untuk tujuan itu. Semoga projek ini tidak berjaya dan rakyat negeri Pulau Pinang boleh menarik nafas lega serta tidur lena kerana sumber air mereka terjamin.



Blog Pendekar Siber.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive