Wednesday, November 30

7langkah Panglima Mengatur Langkah

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menggariskan tujuh langkah yang perlu dilakukan pergerakan itu bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Beliau berkata, satu daripadanya ialah Pemuda perlu mewujudkan perpaduan yang ampuh di peringkat bahagian dengan memujuk ahli-ahli yang merajuk supaya kembali menyokong UMNO kerana setiap undi adalah berharga.

Katanya, mereka juga perlu bekerjasama dengan Pemuda daripada parti komponen di bahagian masing-masing dalam menyusun strategi yang mencakupi seluruh kawasan termasuk kampung baru Cina dan estet-estet.

“Kita panggil badan bukan kerajaan, belia, persatuan-persatuan seperti pemandu teksi dan pastikan mereka jelas dengan dasar dan hala tuju BN,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2011 di sini, hari ini.

Selain itu, Khairy berkata, Pemuda perlu mengemaskan jentera kerana mereka kini diiktiraf sebagai hulubalang oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bukannya pemain sampingan.

Pemuda juga diminta mengenal pasti pengundi-pengundi muda dengan berhubung dan berjumpa serta mewujudkan rangkaian hubungan melalui e-mel dan laman sosial.

“Kita kena sebarkan maklumat BN di kedai-kedai kopi, facebook dan twitter, jangan takut kalau orang mengata BN…kita bagi penerangan, jangan lari,” katanya.

Akhir sekali katanya, Pemuda mesti sentiasa berada dengan pengundi-pengundi muda dan memastikan mereka bersama BN sehingga hari pengundian.

“Seperti dalam permainan bola sepak, kita mesti lawan hingga wisel terakhir, jangan mendahului pada 80 minit tetapi tewas akhirnya,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy mengingatkan anggota UMNO khususnya Pemuda agar tidak merajuk dan merasa sedih sekiranya tidak terpilih sebagai “calon boleh menang.”

Beliau berkata, golongan tersebut perlu menyemat rasa sayang kepada parti dan perjuangan parti berbanding jawatan dan kedudukan.

“Tengok saya sendiri, selama tiga tahun jadi Ketua Pemuda, walaupun tidak dapat apa (jawatan dalam Kabinet) tidak pernah wujud istilah merajuk atau sedih kerana sayangkan parti dan perjuangan ini”, ujarnya.

Beliau berkata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai formula tersendiri dalam memilih calon boleh menang yang berdasarkan maklum balas rakyat akar umbi. Komen MKP garis panduan telah diberi semangat telah ditiup,Ayuh pemuda bangun kuasai media baru untuk memberi penjelasan kepada pemuda serta pengundi diseluruh negara.Rapatkan saf perjuangan jangan ada sifat kesumat yang merugikan parti dan masa depan negara.

1 comment:

Unknown said...

Salam dan salam perjuangan.

Mohon utk linkkan blog IBM di sini. blog tuan telah dilinkkan di blog IBM. Moga kita dpt bertukar2 maklumat, insyallah.

Link saya :http://ibm-akusayangumno.blogspot.com/

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive