Friday, October 14

Malik Itik Apa Dah Jadi?



Apa dah jadi sebagai exco Hal ehwal agama negeri dibawah pimpinan DAP sanggup tidak memperdulikan nasib rakyat.inilah pemimpin tidak guna dipilih oleh rakyat hanya mengambil tindakan populis dan mendengar cakap Lim Guan Eng seorang sahaja.


Menyedihkan apabila 30 murid tahun lima terpaksa mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) dengan menumpang di sekolah lain kerana tidak mempunyai tempat sendiri.

Pengerusi Jemaah Pengurus Sekolah Agama Rakyat (SAR) Tanjung Tokong, Asrul Ismail berkata, sepanjang tiga hari peperiksaan pihaknya begitu berterima kasih kepada Sekolah Kebangsaan Tanjung Tokong yang sudi memberikan ruang untuk mereka mengambil ujian.

Menurutnya, masalah ketiadaan tempat peperiksaan sudah pun lama dikemukakan kepada pejabat agama negeri dan turut diambil perhatian oleh Exco Hal Ehwal Agama, Abdul Malik Abul Kassim.

“Tetapi sehingga kini tiada apa-apa tindakan dan sebarang bantuan dihulurkan kepada sekolah agama kami termasuklah keperluan peperiksaan,

Sekiranya sekolah lain tidak memberikan ruang peperiksaan buat calon UPKK SAR Tanjung Tokong itu sudah pasti kesemuanya terpaksa mengambil peperiksaan secara daif dengan menggunakan meja tanpa kerusi dan di bilik dewan jenazah Masjid Tuan Guru Tanjung Tokong.

SAR Tanjung Tokong yang mula ditubuhkan sejak enam tahun lalu masih menggunakan dewan jenazah masjid tersebut untuk belajar.

“Kami menggesa supaya Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Pusat mengambil tindakan segera, sampai bila murid-murid sekolah agama ini hendak belajar di dewan jenazah ini.

2 comments:

amoi said...

ITIK katakan..faham faham aja...

matkilaupenang said...

dasar perjuangan tidak ikhlas.Pemimpin bertindak atas dasar kena cucuk hidung.
amoi sedapnama.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive