Thursday, October 20

Dua ahli majlis bantah bajet MPPP



Dua Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Lim Boon Chang dan Dr Lim Mah Hui membantah bajet MPPP 2012 sebanyak RM29.25 juta untuk projek Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (sPICE).

Boon Chang bangun menyatakan bantahannya selepas Yang Dipertua MPPP, Patahiyah Ismail menghabiskan ucapan bajet MPPP 2012 di Dewan Persidangan Majlis Dewan Bandaraya Jalan Padang Kota Lama.

Dalam bantahannya, beliau menyuarakan terkilan berikutan persetujuan untuk meneruskan bajet buat projek berkenaan seolah-olah hanya berdasarkan kepada arahan Kerajaan Negeri.

Beliau juga menyatakan rasa sedihnya kerana bantahan sebelumnya yang dibuat melalui satu me¬syuarat seperti tiada tindakan lanjut walaupun sudah ada perbincangan dengan pemaju dan MPPP.

“Kalau begini persetujuan yang dibuat dengan bajet tambahan RM29.25 juta lagi bagi tahun 2012 untuk Projek sPICE, di mana autoriti kami sebagai ahli majlis?

“Sehingga ke hari ini juga selepas mesyuarat berkenaan, tiada salinan kontraktor diberi kepada kami semula. Saya membuat bantahan ini dari segi kepentingan pembayar cukai,” katanya.

Projek sPICE sebelum ini menjadi kontroversi setelah BN Pulau Pinang meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perjanjian projek yang didakwa merugikan rakyat.

Dalam laporan berkenaan, Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang, Datuk Teng Hock Nan, berkata pembinaan sPICE di tapak Pusat Arena Antarabangsa Pulau Pinang (Pisa) itu dilihat hanya memberi kelebihan dan keistimewaan kepada pemajunya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive