Thursday, September 8

Kenapa Nak Sabotaj Majlis Rakyat?





PKR dan PAS telah keluarkan arahan kepada seluruh askarnya agar memasang bendera parti masing2 bagi menyambut kehadiran PM ke Permatang Pauh ahad ini untuk Majlis Jamuan RayaMerdeka 1Malaysia yang bakal berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu,Penanti.
Malah hasil maklumat,mereka juga akan mengadakan jamuan raya buat kali kedua bagi menghalang lalulintas.
PM datang untuk Jamuan Rakyat,bukan program UMNO...kenapa sibuk sangat Pakatan Rakyat niiii?


Majlis Aidilfitri Rumah Terbuka Malaysia tahun ini akan diadakan di kawasan Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 Sept ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.
Majlis anjuran kementerian itu akan berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, bermula dari 11.30 pagi sehingga 1 tengah hari, katanya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual menghadiri majlis rumah terbuka itu yang dijangka dihadiri 10,000 tetamu, katanya.

Beliau berkata masyarakat setempat termasuk mereka yang tinggal berdekatan seperti dari kawasan utara Perak dan selatan Kedah dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut. "Di situ kita akan lihat senario berhari raya dalam suasana kampung yang meriah dengan harapan majlis itu akan mencerminkan sesungguhnya gagasan 1Malaysia itu terbukti dapat mengukuhkan perpaduan sesama rakyat," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet di pejabatnya di Kompleks Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, hari ini. Rais turut menyarankan agar masyarakat membuang segala bentuk perbalahan, persengketaan dan sifat saling melagakan antara satu sama lain sebagai menghargai kedatangan perayaan berkembar, 1 Syawal dan Hari Kemerdekaan hujung bulan ini 
"Pemahaman dan keinsafan menerusi perayaan itu perlu diterjemahkan melalui 'buang yang keruh ambil yang jernih' dengan meletakkan maknanya di suatu tempat di sudut hati walau apa sekalipun tugas dan latar belakang seseorang itu," katanya.
"Lantaran sambutan kemerdekaaan 31 Ogos dan Hari Raya Aidilfitri mungkin jatuh pada hari yang sama maka azam kita untuk meninggalkan sifat-sifat runcing, sifat-sifat tajam, sifat-sifat antagonistik atau sifat-sifat yang melaga-lagakan atau dalam peribahasanya yang berada dalam keadaan keruh itu perlu diketepikan. "Hal-hal yang berkaitan dengan persengketaan atau pertembungan pendapat pada hari itu harus diketepikan sebab Hari Kemerdekaan itu penting bagi setiap warga bukan hanya bagi mereka yang berada dalam kerajaan ataupun yang berada dalam perkhidmatan tetapi ia adalah untuk semua," katanya lagi. 
Rais berkata jika perayaan itu jatuh pada hari yang sama maka kesucian dari kedua-duanya mesti diterjemahkan menerusi kerelaan untuk memberi panduan hidup yang baik lebih-lebih lagi buat mereka yang bergelar pemimpin. Beliau berkata menghargai Aidilfitri dan kemerdekaan bukan hanya dari segi sebutan sebaliknya mesti dibuktikan melalui perbuatan, pengajaran kisah lama serta menerusi kibaran Jalur Gemilang. - Bernama
MKP kata depa nie dah tersepit kot tue yang dok menyalak.Pakatan Haram nie sanggup buat apa saja demi mencapai matlamat jahat mereka. 




2 comments:

KLExpress said...

http://klxpress.blogspot.com/ puak puak ni memang buduh

Anonymous said...

Tentunya ahli BN jauh lebih ramai disepanjang jalan dan sekitar program tersebut. Apakata, pihak pimpinan BN Negeri sarankan supaya SEMUA AHLI menaikkan bendera BN disetiap rumah, pejabat dan kawasan masing2. Bendera didalam kawasan rumah dan premis sendiri tidak perlu permit PBT. Apa lagi, inilah masanya tunjukkan semangat juang dan komitmen semua terlibat. Tak guna melengoh tengok musuh bertindak. BN punya jentera akar umbi yang lebih meluas dan tersusun, takkan tak boleh buat? Sumber pun banyak yang boleh di infakkan !!

http://perkasapetaling.blogspot.com

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive