Tuesday, August 30

Kronologi Mat Sabun Hero Pembohong.




Mohamad Sabu@Mat Sabu memang seorang sempoi.Karektor pak lawaknya membuatkannya berada antara di rangking teratas kalangan penceramah PAS.

Kekuatannya di pentas ceramah memberikannya markah yang lebih ketika PAS sedang mencari seorang hero untuk mengantikan Nasarudin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden PAS pada muktamar baru-baru ini.

Disaat berdepan dengan senario politik menjelang PRU 13,PAS mahu seorang watak yang kaki balon rapat untuk belasah Barisan Nasional berbanding Nasarudin yang lebih low profile dan tertib.

Mat Sabu mungkin tahu sangat pengharapan perwakilan PAS yang telah meletaknya di kedudukan nombor dua dalam parti itu untuk bergandingan dengan Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Bukan senang untuk memenuhi pengharapan yang besar itu.Siapa yang tidak resah dan bimbang kalau tidak dapat memuaskan selera mereka yang mengundinya.

Tempohnya belum lama setelah terpilih pada awal Jun lalu – kini ramai yang bertanya apa istimewanya Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS ?

Dari segi pembaharuan,tidak ada satu benda baru yang dibawanya dalam PAS.Beliau terus dengan karektor asalnya yang ‘ gitu-gitu’ saja.

Dan...dalam usaha untuk menjelmakan dirinya sebagai seorang hero itu,Mat Sabu terperangkap dalam silap langkahnya bila cuba menconteng sejarah kemerdekaan negara dalam ceramahnya di Tasek Gelugor Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu– sehingga membuatkan ramai yang bangkit menghalakan senapang kearahnya.

Isunya bukan kecil.Siapa yang tidak marah bila beliau cuba mendewakan gerombolan komnunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong di Johor,yang dikira satu sejarah luka bagi pasukan keselamatan.

Beliau juga cuba menidakan peranan Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar sebagai pejuang kemerdekaan.

Motifnya sebagai orang PAS semata-mata untuk gembar gembur kemerdekaan negara bukan hasil perjuangan UMNO.

Sebaliknya rentetan perjuangan kemerdekaan negara sejak dari penentangan Malayan U nion hingga ke pemergian Tunku Abdul Rahman ke London jelas terpahat.

Kini semua orang sedang memerhati bagaimana PAS hendak ‘bersilat’ dengan dakwaan celupar Mat Sabu ini.

Apakah Datuk Nik Aziz Nik Mat hendak berdiri dibelakangnya...begitu juga Haji Hadi?

‘Lawak’ Mat Sabu nampaknya kurang menjadi kali ini.

Gabranya jelas terpancar dalam menghadapi kecamanan yang meluap dari pelbagai pihak beliau cuba bersandiwara hendak melihat balik rakaman ceramahnya sebelum memberi sebarang ulasan mengenainya.

Satu dunia sudah melihat rakaman di You Tube rakaman ucapannya di Tasek Gelugor.Itulah yang diucapkannya.Lucu bila beliau kata tak ingat.

Ini belum masuk bab bayaran bil rawatan kecederaan yang didakwa semasa menyertai perhimpunan haram Bersih 9 Julai yang ditanggong oleh Jabatan Bekalan Air Pulau Pinang dimana beliau menjadi seorang ahli lembaga pengarahnya.

Jika mengikut peraturan yang ada beliau dikatakan tidak layak mendapat kemudahan itu.

Dari segi prinsip ia boleh mencalar imej PAS.

Juga kes video polis yang mendakwa beliau berbohong dilanggar kereta polis semasa perhimpunan haram Bersih belum selesai.

Jika terbukti berbohong....satu lagi beban ciptaan Mat Sabu yang PAS kena tanggong.

Kes dewakan komunis dan pertikai sejarah kemerdekaan pastikan sukar dimaafkan oleh ramai pihak.

Ini bukan bab politik lagi.ia melibatkan sentimen dan perasaan rakyat keseluruhannya.

Apapun PAS terpaksa terima inilah ‘ heronya’ Mat Sabu.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive