Saturday, July 30

Pembangkan​g cadang aktif tapi UMNO mahu buat ibadah...



UMNO akan menumpukan ibadah sepanjang bulan Ramadan walaupun pembangkang dilaporkan akan mengiatkan aktiviti politik kerana beranggapan pilihanraya umum ke 13 semakin hampir. “Bulan puasa kita buat ibadahlah buat sumbangan bantu warga emas, orang miskin dan ibu tunggal. Pembangkang biasalah, dalam kepala mereka semua politik,” kata Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau mengulas sama ada road show beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin ke setiap negeri akan ditangguhkan sepanjang bulan puasa yang bermula Isnin ini sedangkan pembangkang bercadang mengiatkan kempen mereka.
“Kita buat ibadah, bahagian-bahagian (UMNO) pun buat ibadah,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, petang Jumaat.
Sementara itu menjawab soalan pemberita  sama ada warna merah akan jadi simbol BN berdepan pilihan raya akan datang, Najib berkata, UMNO memilih warna ikut kesesuaian.
“Kelantan dan Kedah pilih warna merah. Terengganu pernah pilih biru, terpulang,” katanya mengulas gelombang merah di Kelantan sebelum ini dan di Kedah sewaktu lawatan beliau ke negeri itu, Ahad.
Malah pada kontroversi perghimpunan haram Bersih, Pemuda UMNO menerusi gerakan Patriot bagi menentang warna kuning Bersih turut memakai baju warna merah.
Menurut Najib, warna merah itu adalah warna ada kaitan dengan UMNO.
“Merah...warna menyala boleh naikkan semangat ahli-ahli dan penyokong kita,” katanya.
Najib turut mengumumkan Perhimpunan Agung UMNO akan bermula 29 November hingga 3 Disember akan datang.
Beliau juga memaklumkan empat pemimpin dan ahli UMNO Bahagian Rantau Panjang dibebaskan daripada pengantungan keahlian iaitu Datuk Mohd Zain Ismail, Ghazali Ismail,Fauziah Wook dan Mohd Fauzi Omar.
Turut dibebaskan Amran Mat Bahagian Kuala krai dan Rosli Hasan dari Bahagian Bukit Katil.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive