Friday, July 22

Anugerah Kelantan untuk poligami contoh - kahwin banyak pun ada anugerah tau



SALIH...bersyukur dan berterima kasih 

KOTA BHARU: Pengacara dan pelawak, Salih Yaacob, 48, bersama empat isterinya akan diberi anugerah oleh Kerajaan Kelantan kerana menjadi contoh keluarga berpoligami yang mampu menguruskan rumah tangga dengan baik mengikut hukum Islam. 

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Wanita 2011 sempena Kelantan Cheng Ho International Food Festival 2011 di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini, semalam. 

Wan Ubaidah berkata, anugerah itu sebagai tanda penghargaan kerajaan Kelantan kepada Salih dan empat isterinya kerana mempunyai satu ikatan kekeluargaan kukuh walaupun hidup berpoligami. 

Katanya, anugerah itu diharap menjadi suntikan semangat kepada suami dan isteri lain supaya mengamalkan cara hidup bertolak ansur dan harmoni seperti diamalkan keluarga Salih. 

“Anugerah itu akan diberikan kepada Salih dalam tempoh terdekat ini, tetapi kita belum kenal pasti lagi jenis anugerah akan diberikan. 


MKP kata eloklah tue sapa-sapa yang berniat nak kawin banyak boleh jumpa tuan guru nik ajis dapat anugerah inilah yang diperjuangkan oleh PAS yang telah kering idea bukan membantu rakyat akan tetapi banyak berkebajikan tak kena gaya,nescaya bukan semua wanita sanggup dimadu,pasal tue semua anak muda kelantan banyak berhijrah keluar dari kelantan sebab pemimpin kurang ilmu untuk menaikan taraf ekonomi yang depa dok pikiq nak tambah bini aja!!!!!!

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive