Monday, June 20

UMNO ZALIM,SPNB BEBANKAN RAKYAT MISKIN.





Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan melaksanakan projek pembinaan 80 unit rumah kelompok di Kampung Manggis dan Kampung Tok Suboh kawasan Parlimen Bukit Mertajam bagi golongan miskin dan berpendapatan rendah pada tahun ini. 

Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 60 rumah akan dibangunkan di Kampung Manggis, manakala 20 rumah di Kampung Tok Suboh dengan harga RM75,000 seunit. 

Bagaimanapun menurutnya, kerajaan akan memberi subsidi kepada golongan sasar itu dengan harga antara RM40,000 hingga RM45,000 seunit tanpa perlu menjelaskan bayaran deposit dan peguam sebelum menduduki rumah berkenaan. 

“Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) meluluskan peruntukan RM2 juta bagi kerja infrastruktur iaitu pembinaan parit serta jalan di Kampung Manggis dijangka bermula Ogos ini. 

“Manakala kerja infrastruktur di Kampung Tok Suboh sudah dilaksanakan dan SPNB akan melaksanakan projek rumah kelompok di kampung itu sebelum akhir tahun ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Mertajam kali ke-33, di Dewan Kompleks Perniagaan Peladang PPK Bukit Mertajam, di sini. 

Hadir sama, Pengerusi Jemaah Pengarah PPK Bukit Mertajam, Abdul Wahab Ibrahim. 

Dalam pada itu, Musa yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Bukit Mertajam, setiap unit mengandungi tiga bilik hanya layak untuk peserta e-kasih, penempatan semula termasuk mereka yang berpendapatan kurang RM1,000. 

Katanya, mereka yang layak memiliki rumah itu hanya perlu menjelaskan RM150 sebulan selepas menduduki rumah itu. 

Sementara itu, dalam perkembangan sama, PPK Bukit Mertajam bakal mewujudkan Pusat Pengumpulan Ladang di pekarangan Pejabat PPK Bukit Mertajam, Jalan Rozhan, di sini, tidak lama lagi bagi membolehkan lebih 300 penternak, peladang dan nelayan sekitar Parlimen Bukit Mertajam memasarkan hasil mereka. 

Musa berkata, perbincangan akan diadakan antara PPK Bukit dengan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Pulau Pinang, Kementerian Pertanian dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive