Wednesday, June 29

Semua salah Bersih… Konsert Sweet Charity, Blues Gang ditunda


PENUNDAAN Konsert 2 Raksasa, Sweet Charity dan Blues Gang dari 9 Julai ke 1 Oktober adalah keputusan yang terbaik kata Papa Rock, Ramli Sarip.
“Keputusan menunda konsert itu ke tarikh yang lain adalah sangat wajar kerana saya sendiri tidak mahu konsert kami itu terjejas dengan perkara-perkara yang tidak diiingini jika diteruskan juga pada 9 Julai,” kata Ramli ketika dihubungi di kediamannya di Singapura.
Semalam, penganjur Konsert 2 Raksasa mengumumkan dalam sidang akhbar penangguhan konsert itu dari 9 Julai ke 1 Oktober bagi mengelak bertembung dengan perhimpunan haram Bersih.
Kata Ramli, keputusan itu dibuat oleh pihak penganjur setelah dinasihati pihak polisi memandangkan lokasi Stadium Merdeka terletak betul-betul di tengah tengah Kuala Lumpur.
“Sememangnya kami juga bimbang bila ada perhimpunan bakal dibuat pada tarikh yang sama kami adakan konsert. Dan, kami telah meminati pandangan polis dan mereka telah menasihati kami agar menangguhkan.
“Dari segi keselamatan, memang ada baiknya ditangguh kerana kita juga tidak mahu penonton yang datang merasa tidak selesa dan kita juga tidak mahu ada pihak lain mengambil kesempatan ke atas penonton yang mahu datang menyaksikan konsert,”ujar Ramli.
“Kerana kebanyakan peminat Sweet Charity misalnya adalah dari kalangan keluarga. Lagi pula, mereka yang membeli tiket untuk konsert kami bukan hanya orang Kuala Lumpur bahkan juga peminat dari Sabah. Sarawak dan rombongan dari Singapura,” katanya.
Bagi Ramli, sekalipun dia dan rakan-rakannya dalam Sweet Charity dan Blues Gang sudah tidak sabar untuk beraksi, namun mereka tidak patah semangat, ekoran penangguhan itu.
“Kami harap peminat-peminat bersabar, kita ambil yang terbaik kerana saya percaya semua ini ada hikmahnya,” kata Ramli.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive