Wednesday, June 15

Piala Ketua Pemuda UMNO tawar RM13,000




Pemuda UMNO Pulau Pinang bakal menganjurkan pertandingan Futsal Piala Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, 3 Julai ini bertempat di Safira Sports Planet, Seberang Jaya. 

Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM13,000 menanti pasukan yang menang. 

Penganjur berkata, johan bakal menerima RM5,000, diikuti kedua, RM3,000; ketiga, RM2,000 dan keempat RM1,000. 

Manakala bagi pasukan yang mendapat tempat kelima hingga kelapan tidak pulang dengan tangan kosong kerana mereka turut membawa pulang sagu hati RM500 setiap pasukan. 

Pertandingan terbuka kepada mana-mana pasukan yang berminat dengan yuran penyertaan sebanyak RM150 bagi tiap-tiap pasukan. 

Mereka yang berminat ataupun inginkan maklumat lanjut boleh menghubungi urusetia, Berkat Jamal Mohd di talian 0164904328 atau Saffi Hafiz (019-4541919) atau Fairos Md Rashid (012-4130711).

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive