Wednesday, June 15

Pakatan Haram Perompak Minta Derma Pilihanraya.


Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) melihat arahan kepimpinan PKR Selangor kepada semua Ahli Parlimen dan Adun Selangor agar mengutip derma berjuta ringgit dari rakyat boleh disifatkan sebagai cubaan untuk merompak harta dan wang ringgit rakyat Selangor.
Pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin berkata, setelah lebih tiga tahun PKR memerintah Selangor, pelbagai penyelewengan kewangan berlaku.
Jelasnya dari defisit bujet ke kerugian pelbagai anak syarikat kerajaan negeri hinggalah lesapnya jutaan ringgit wang Yayasan Selangor adalah bukti betapa ” bijaknya” Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor menguruskan kekayaan negeri.
“Dia umpama tikus membaiki labu dan monyet mendapat cincin. Skandal khazanah pasir Selangor pula satu lagi bukti bagaimana Kumpulan Semesta Sdn Bhd digunakan sepenuhnya untuk mengenyangkan kroni-kroni PKR manakala janji hasil pasir ratusan juta ringgit kepada pendapatan negeri merupakan janji palsu dan mimpi Menteri Besar kepada rakyat Selangor.
“Dengan pelbagai penyelewengan ini, PKR mahu memeras wang rakyat pula untuk kepentingan politik dan kuasa kroni mereka. Rakyat sudah muak dengan pelbagai skandal dan penyelewengan pemimpin PKR ini,” ujarnya yang juga bekas Ketua Pemuda Keadilan Negeri Selangor di sini, hari ini.
Tegas beliau, rakyat tidak rela wang ringgit mereka dibelanjakan untuk membayar `pelacur’ yang memberikan khidmat seks kepada Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor.
“Rakyat mahu perubahan kepada kerajaan negeri yang bersih, amanah dan berintegriti serta berwibawa. Rakyat pasti akan menukar kerajaan negeri yang korup ini dalam pilihanraya yang akan datang”, katanya.
Dalam perkembangan yang sama, Exco Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam berkata, arahan daripada bendahari PKR tersebut sekadar wayang dan sandiwara semata-mata.
“Mereka ini dah merompak pasir Selangor, berjuta-juta mereka dah kumpul. Bila puak ini umum nanti, mereka akan kata rakyat yang menderma, puak-puak  ini takkan cerita dana tersebut hasil rompakan pasir dan projek-projek yang disamun oleh pemimpin-pemimpin mereka,” ujarnya yang juga bekas Pimpinan Tertinggi PKR dan Setiausaha Pemuda Keadilan Nasional. -MediaUMNO

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive