Monday, June 6

JIKA GUAN ENG BUBAR DUN SEBELUM PRU13.



Jika Guan Eng membubarkan DUN Pulau Pinang pasti akan menjadi gempak gila,ura-ura menyatakan mungkin terjadi dan disusuli dengan kelantan,selangor dan kedah.


Persoalan-persoalan ini timbul apabila terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa terdapat perancangan di kalangan Kerajaan Pakatan Rakyat yang menjurus kepada arahan bersiap sedia ke arah pilihanraya mengejut dinegeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Perkembangan terbaru ini sudah tentunya akan memberi kejutan besar kepada jentera BN negeri dan pusat jika perancangan tersebut menjadi kenyataan.

Persepsi dan sangkaan awal kita ialah Pakatan Rakyat tidak akan mengubah tarikh pilihanraya dan akan mengadakan bersama-sama dengan Pilihanraya Umum ke13. Jika tidak pun, pembubaran DUN akan hanya di adakan selepas PRU13.

Terdapat cerita-cerita yang mengatakan bahawa parti pembangang sedang cuba mengeksploitasikan isu kaum Melayu di Pulau Pinang dan Kedah sebagai umpan untuk mendapat undi daripada kaum Melayu yang rata-ratanya menyokong UMNO Dan BN.



Dengar kata Guan Eng bercuti ke china serta membuat perancanganya disana,jika ini benar-benar terjadi pasti terkejut dibuatnya. 

 
Jika satu negeri yang membubarkan DUN, ini bermaksud jentera Pakatan Rakyat boleh memfokuskan tenaga mereka kepada satu negeri sahaja seperti yang berlalu Di Sarawak.

Dan dek kerana itu, pemfokusan menjadi lebih terancang manakala pihak lawan iaitu BN terperangkap tidak bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya DUN sebelum PRU13.

Apakah UMNO dan BN sudah bersedia jika DUN dibubarkan sebelum PRU13?

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive