Sunday, May 22

TERKINI:Tanah Runtuh: 9 Diselamatkan; 12 Terkorban; 4 Tertimbus


Senarai nama berikut adalah menurut nama panggilan mangsa di rumah anak yatim berkenaan.
1) Azrel, 8,
2) Nael, 8,
3) Shahrul, 9,
4) Boboy, 10,
5) Farid, 34,
6) Eqim *
7) Zaim *
8) Angah *
9) Rahimi *
10) Zaid Ashwal, 18,
Sembilan yang terselamat iaitu:
1) Khairul, 9,
2) Hairis *
3) Harris *
4) Akmal *
5) Aizat *
6) Alaudin *
7) Irwan, 33,
8) Din, 30,
9) Syafiz, 22,
Enam yang masih tertimbus ialah:
1) Riz, 9,
2) Lokman, 11,
3) Fahad, 9,
4) Aiman, 10,
5) Hazim, 9,
6) Hasril, 11, * umur tidak diketahui



Kerajaan Persekutuan mengumumkan bantuan sejumlah RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia di Hulu Langat dekat sini.
Bantuan berkenaan diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas melakukan tinjauan di tempat kejadian malamSabtu.
"Selain itu segala keperluan dari segi pengkebumian akan ditanggung oleh kerajaan Pusat...kita akan biayai keperluan yang berkaitan.
"Kita juga akan menangani mengenai masalah keperluan rawatan kesihatan kepada mangsa yang terselamat," katanya ketika ditemui media.
Tambah beliau, usaha mencari dan menyelamat mangsa akan diteruskan sehingga kesemua mangsa yang dilaporkan hilang ditemui.
"Kerja-kerja ini tidak akan terhenti sehinggalah selesai semua bilangan mangsa ditemui sama ada mereka hidup ataupun meninggal dunia," katanya.


Sehingga berita ini ditulis, seramai 21 mangsa berjaya dikeluarkan dengan 12 daripadanya meninggal dunia.
Usaha menyelamat masih diteruskan bagi mencari empat lagi mangsa termasuk seorang dewasa.
Dalam pada itu Muhyiddin berkata, maklumat lengkap mengenai tragedi berkenaan akan diperolehi daripada pihak berwajib bagi mengetahui mengenai punca kejadian.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive