Tuesday, March 22

Guan Eng (RM100) diminta jangan jadi ‘ahli politik mentah’


Barisan Nasional (BN) negeri hari ini mencabar Ketua Menteri Lim Guan Eng supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwanya telah mengakibatkan kerugian dalam projek pembangunan Pulau Jerejak dan bukannya menyebarkan risalah mengandungi fakta tidak tepat kepada rakyat.

"Lim sepatutnya menunjukkan sifat sebagai seorang Ketua Menteri yang bertanggungjawab dan bukannya seperti ahli politik mentah. Kalau dia rasa BN silap, saya cabar dia bawa perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, bawa ke mahkamah dan saman,” kata 

Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN negeri Datuk Dr. Teng Hock Nan kepada pemberita di sini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Guan Eng kononnya berlaku skandal dalam pemberian tanah seluas 32 hektar di Pulau Jerejak kepada UDA Holdings ketika pentadbiran BN yang menyebabkan kerugian wang rakyat sebanyak RM30 juta. - Bernama

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive