Monday, March 28

Depa Kata Umno Zalim Tapi Nie apadia?

MALAYSIA berjaya mencapai kemajuan memberangsangkan dalam usaha menangani kemiskinan sejak 40 tahun lalu, namun jumlah berkenaan masih belum dapat dibasmi sepenuhnya kerana terdapat kira-kira empat peratus warga Malaysia masih di bawah kelompok miskin.


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang bertanggungjawab meneraju Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi mempertingkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah (LIH) berjaya mencapai sasaran ditetapkan pada tahun lalu.

Pencapaian ketara yang dicatatkan pada tahun 2010 adalah lebih daripada 44,000 isi rumah berjaya dikeluarkan daripada kelompok miskin tegar. Namun, jumlah mereka yang berpendapatan rendah dan miskin masih ramai dan perlu dikurangkan.




Komitmen KPWKM adalah untuk memastikan pelbagai usaha terus dilakukan dengan cara yang mantap walaupun pihak kementerian tidak berdaya membasmi kemiskinan sama sekali di negara ini.

Tahun lalu, kira-kira 44,643 isi rumah miskin tegar berjaya dikeluarkan daripada kategori ini dan 15,868 isi rumah miskin berjaya dikeluarkan daripada kelompok berkenaan.


Daripada jumlah berkenaan, kira-kira 2,000 usahawan wanita berjaya dibantu serta 80 peratus unit rumah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) ditawarkan untuk dijual kepada penyewa sedia ada.




Malah, dalam bajet 2010, kementerian menawarkan 35,095 unit rumah kos rendah milik DBKL pada harga antara RM21,500 dan RM35,000 seunit iaitu pengurangan sehingga 75 peratus daripada nilai pasaran.

Untuk semua usaha yang dilakukan, RM1.163 bilion diperuntukkan dan sehingga Disember 2010, RM415.23 juta sudah disalurkan dan dibelanjakan bagi tujuan pembangunan serta RM747.84 juta lagi digunakan untuk perbelanjaan operasi.




Dalam menangani isu kemiskinan, kementerian mengenal pasti tiga bidang utama iaitu menetapkan takrifan kumpulan berpendapatan rendah, melaksanakan inisiatif berimpak tinggi dan meletakkan penggerak bagi membasmi kemiskinan dengan cekap serta berkesan.

Semua kementerian dan agensi perlu menetapkan takrifan bagi pengertian isi rumah berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar bagi memastikan bantuan yang disalurkan sampai kepada kumpulan yang layak.


Miskin tegar dikategorikan bagi mereka yang mempunyai pendapatan RM440 dan ke bawah, miskin RM750 ke bawah dan berpendapatan rendah RM2,000 ke bawah.


Untuk membantu golongan berkenaan kementerian melaksanakan pelbagai inisiatif berimpak tinggi antaranya menjalankan program bantuan kebajikan, bantuan perumahan dan program 1Azam (Akhiri Zaman Miskin).


Selain itu, kementerian turut mewujudkan pangkalan data eKasih yang diuruskan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri bagi memudahkan proses pengenalpastian, penentusahan dan pengesanan isi rumah berpendapatan rendah.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive