Saturday, March 19

Akhirnya DUN Sarawak Dibubarkan...


Akhirnya berita yang dinanti-nantikan telah tiba. Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan pada petang Sabtu bahawa Dewan Undangan Negeri akan dibubar Isnin ini bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.
Kata Taib, beliau telah menyampaikan notis mengenai pembubaran itu kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.
Dengan pengumum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian.
Taib berkata demikian dalam satu sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Antarabangsa Kuching di sini.
Pengumuman Taib itu menamatkan segala teka-teki mengenai tarikh pilihan raya negeri tersebut. Dewan Undangan Negeri Sarawak sedia ada akan tamat tempohnya pada 23 Julai ini.
Pilihan raya negeri yang lepas diadakan pada 20 Mei, 2006

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive