Wednesday, January 19

Calon BN N05 Tenang.Berjanji Memberi Yang Terbaik.




Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Mohd Azahar Ibrahim, meminta pengundi kawasan tersebut memberinya peluang untuk berkhidmat kepada mereka. 

Beliau yang diumumkan sebagai calon BN hari ini oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berjanji untuk berkhidmat sebaik mungkin kepada pengundi DUN Tenang tanpa mengira latar belakang kaum dan agama mereka.

"Berilah peluang kepada saya untuk berkhidmat kepada penduduk. Saya akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua tanpa mengira latar belakang dan kepercayaan," katanya pada majlis pengumuman calon BN di pejabat UMNO Bahagian Labis di sini, hari ini.

Bapa kepada tiga orang anak itu berkata, beliau akan berusaha untuk memenangi pilihan raya kecil itu dengan sokongan padu rakyat pelbagai kaum di DUN Tenang. 

Azhar yang dilahirkan di Labis, berkahwin dengan Tuty Roshizana Tumin, seorang surirumah. 

Beliau memiliki Diploma Pentadbiran Awam, Institut Teknologi Mara (ITM) pada 1993 dan ijazah Sarjana Politik (Kepujian) daripada Porthmouth. 

Mohd Azahar berkata, jika dipilih sebagai wakil rakyat DUN Tenang beliau akan turun padang meninjau keperluan rakyat bagi memastikan pembangunan yang pesat bagi kawasan itu. 
Pengalamannya bertugas dengan Jabatan Perkhidmatan Awam Johor memberikan pengetahuan meluas di dalam selok-belok mengenaisoal pembangunan masyarakat di sesuatu tempat. 

Sejak 2006, beliau bertugas sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, dan sebelum itu sebagai Penolong Pentadbir Tanah Segamat dan Penolong Pentadbir Tanah Kluang. 

Beliau telah meletakkan jawatan sebagai anggota kakitangan Perkhidmatan Awam Johor. 

"Pengalaman bertugas sebagai pegawai penolong pentadbir tanah di beberapa daerah memberikan saya pengetahuan luas tentang keperluan rakyat di dalam soal pembangunan," katanya. 

Pada 2004 hingga 2008, Azahar adalah Bendahari Pemuda UMNO Bahagian Labis dan bagi tempoh sama juga menjawat jawatan ketua UMNO Cawangan Kampung Paya Merah, Labis. 

Selain itu, beliau turut bergerak aktif di dalam pertubuhan kebajikan di DUN Tenang dan Rengit. 

Pilihan raya kecil DUN Tenang itu akan diadakan pada 30 Januari berikutan kematian penyandang kerusinya, Datuk Sulaiman Taha, pada 17 Disember tahun lalu akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis. 

Proses penamaan calon akan diadakan Sabtu ini. 

Pada pilihan raya umum 2008, Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan kelebihan 2,492 undi. 

Tenang mempunyai 14,753 pengundi berdaftar terdiri 7,014 Melayu, 5,766 Cina, 1,780 India dan selebihnya kaum lain. 

Mat kilau kata PAS pasti akan tercabar kerna mereka menjangka calon perempuan.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive