Monday, October 11

Apa dah jadi dengan PAS KEDAH.

1. 14 AJK Pas letak jawatan

Pada 2 Oktober lalu, Seramai 14 ahli jawatankuasa (AJK) Pas Kawasan Pendang termasuk Yang Dipertuanya, Abd. Rahim Abd. Rahman telah meletak jawatan. Mereka ini letak jawatan selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan kepimpinan kerajaan negeri yang gagal menyelesaikan masalah dibangkitkan mereka. 
Selain Yang Dipertua Pas Pendang, turut meletak jawatan ialah Naib Yang Dipertua, Setiausaha, Ketua Penerangan dan 10 orang AJK. 
AJK terbabit bertindak demikian selepas berjumpa dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk membangkitkan beberapa masalah dan mengemukakan cadangan. 
Bagaimanapun, AJK berkenaan mengumumkan peletakan jawatan dalam satu mesyuarat yang diadakan di Pejabat Pas Pendang selepas mendapati kepimpinan negeri masih gagal memenuhi permintaan mereka. 

2. Ahli Pas yang berdemontrasi hari ini, bukannya ahli UMNO.
Kira-kira 30 anggota PAS hari ini telah mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar Kedah. Mereka berdemontrasi bagi membantah kenaikan tarif air di negeri ini yang bermula 1 Oktober lepas.
Antara ahli PAS yang terlibat ialah Bekas Ketua Pemuda PAS Kedah, Abdullah Hashim yang merangkap wakil Jawatankuasa Bertindak Membantah Kenaikan Isu Air. Juga individu-individu lain seperti bekas Setiausaha PAS Cawangan Sungai Limau, Mohd. Najid Fahami Yahaya, bekas Setiausaha Kerja PAS Kedah, Md. Noor Abd Rahman dan bekas wartawan Harakah Kedah Zainun Ismail.
Semuanya orang PAS. Mana ada UMNOnya..


Mat kilau kata nanti pasti dok kata umno bagi duit kat depa suruh buat demontrasi,akan tetapi yang sebenarnya.........................................................  

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive