RAPID

Friday, May 26

PROTON MILIK DRB-HICOM, FAKTA DAN AUTA TUN MAHADIR


Sebilangan orang kita senang dipancing. Letak sahaja tajuk "China's Geely to Acquire Proton", "Proton di tangan China" dan letak gambar PM di sebelah, maka reaksi orang kita akan jadi "Woi! Semua nak jual dekat China, lepas ni nak jual apa lagi???!!!"

Kecelaruan minda berlaku apabila media tidak profesional dalam mengguna istilah ekonomi dan perniagaan, dan pembaca tidak kritikal terhadap maklumat yang diterima.

Ada beza antara "merger", "acquisition", "strategic alliance" dan "joint venture".

"Merger" itu penggabungan dua syarikat untuk membentuk syarikat yang baru. Contoh "merger" adalah seperti DaimlerChrysler hasil penggabungan Daimler (Jerman) dan Chrysler (Amerika).

"Acquisition" ialah pembelian sebuah syarikat oleh syarikat yang lain, contohnya seperti pembelian Lotus (UK) oleh Proton (Malaysia). "Acquisition" berlaku apabila syarikat pembeli mempunyai "controlling stake" atau majoriti saham. Semasa Proton membeli Lotus pada tahun 1996, Proton mempunyai 80% pegangan saham.

"Strategic alliance" (rakan kongsi) merujuk kepada kerjasama antara dua syarikat, contohnya seperti kerjasama Nissan (Jepun) dan Renault (Perancis) di mana Renault mempunyai 44% pegangan saham dalam Nissan.

"Joint venture" (JV) pula merujuk kepada projek/entiti berasingan yang diusahasama oleh dua syarikat yang mempunyai hubungan rakan kongsi, misalnya Daihatsu Perodua Engine Manufacturing Sdn. Bhd. yang diwujudkan secara bersama oleh Daihatsu (Jepun) dan Perodua (Malaysia). Selalunya saham JV dibahagikan 50:50.  

Geely hanya "acquire stake" dalam Proton, bukan "acquire" Proton. Dua istilah yang berbeza membawa konotasi yang cukup berbeza. Proton tidak dimiliki Geely. Menurut perjanjian, hubungan Proton dan Geely adalah rakan kongsi untuk mewujudkan JV. Proton masih pemegang saham majoriti (50.1%) yang berkuasa dalam pengurusan. Macam mana pula boleh kata Proton di tangan Geely?

Kalau nak meroyan pun, meroyanlah dekat orang yang betul. Kerajaan (melalui Khazanah Nasional Berhad) sudah lama "divest" dari Proton. Proton sekarang dimiliki oleh DRB-HICOM yang dimiliki oleh Etika Strategi Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Pergilah mengadu.

Bukan tak boleh soal, tapi nak menyoal pun kena bijak, misalnya tanyalah apakah impak perjanjian ke atas industri rantaian tempatan seperti alat ganti. Bukan main sebut "jual" "jual" "jual" sahaja.

Sedangkan media memainkan isu jual beli, perjanjian tersebut menyasarkan pengeluaran 500,000 kenderaan menjelang tahun 2020, peluang bagi Proton untuk "rebadge" kereta Volvo dan peluang Proton untuk menembusi pasaran China. Itu semua bakal menaikkan semula jenama Proton.

Kalau nak kaitkan dengan keselamatan negara, Geely ini tiada kena mengena dengan kerajaan China. Geely adalah antara syarikat yang jarang ("rare") di mana kerajaan China tidak mempunyai pegangan saham dalamnya. Waktu tahun 2004, GIC (tabung pelaburan kerajaan Singapura) membeli saham Proton, itu baru merisaukan. Tak dengar pula royanan masa itu. Sebab waktu itu belum ada Facebook.

Proton sendiri merupakan hasil hubungan rakan kongsi antara Proton dan Mitsubishi Motors (30% pegangan saham pada tahun 1983). Tak dengar pula orang kata jual negara ke Jepun. Sebab waktu itu media dikawal rapi, kita hanya cakap yang baik-baik sahaja tentang Jepun, bersama-sama pandang ke Timur, walaupun di Amerika pun orang sudah risau tentang kuasa ekonomi Jepun.

Bukan tak boleh jadi nasionalis atau proteksionis, boleh. Jangan risau, Proton masih jenama negara dan masih dimiliki oleh warganegara Malaysia, dan bakal dihidupkan kembali sebagai jenama yang disegani.

ok lah, saya kesian kalian tak ada point nak attack deal ini lagi. How about this: Pengerusi Geely bernama Li Shufu, Li adalah salah satu dari 13 bloodline Illuminati. Nampak?

Monday, May 22

PRASARANA RANGSANG SEMANGAT KECEMERLANGAN KERJA MELALUI ‘PEARL’


Selaras dengan aspirasi untuk menjadi penyedia perkhidmatan pengangkutan awam terpilih yang berkelas dunia, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) – peneraju dalam transformasi sistem pengangkutan awam urban – memperkenalkan program khas ‘PEARL’ bagi merangsang staf dan kakitangannya menyerlahkan kehebatan dalam bertugas.  


Dilancarkan pada 10 November tahun lepas, PEARL atau ‘Prasarana Employee Appreciation & Recognition for Life’ adalah program khas Prasarana, yang dilaksanakan secara berstruktur dalam menyatakan penghargaan dan memberi pengiktirafan kepada staf yang menyerlahkan kehebatan dalam melaksanakan tugas harian mereka di Kumpulan Prasarana dan anak-anak syarikatnya.

Prasarana hari ini mengiktiraf 113 staf dan sebagai kumpulan pertama penerima Anugerah  PEARL untuk suku pertama 2017. Tiga lagi kumpulan akan diiktiraf tahun ini untuk suku kedua, ketiga dan keempat untuk tahun ini sebelum dua orang daripada mereka akan dinamakan sebagai staf terhebat Kumpulan Prasarana untuk tahun 2017 di bawah dua kategori pemilihan.


Di antara mereka menjadi penerima hari ini termasuklah kapten bas, kapten tren LRT dan monorel, para pegawai perkhidmatan pelanggan dan anggota polis bantuan serta staf untuk perkhidmatan kongsi bersama daripada jabatan-jabatan Kewangan, Pentadiran dan Fasiliti, Modal Insan, Pusat Panggilan Bantuan, unit media sosial dan staf Unit Kreatif.  

Diadakan di Maju Junction Mall, Kuala Lumpur, sijil penghargaan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Dato’ Sri Azmi Abdul Aziz dan Ketua Divisyen Modal Insan Kumpulan Prasarana, Encik Abdul  Mutallif Abdul Manaf.

Sementara kategori pertama penerima adalah di bawah Pujian Awam (Public Commendation) berdasarkan kepada komen dan pujian yang diberikan oleh para pelanggan dan pemegang taruh untuk Kumpulan Prasarana dan anak-anak syarikatnya khususnya melalui media sosial, kategori kedua adalah berdasarkan penghayatan nilai-nilai InFORM, yang menjadi prinsip bekerja yang disemai di kalangan seluruh warga kerja Kumpulan Prasarana.

Kebanyakan komen-komen positif dan pujian daripada orang awam dan pemegang taruh adalah atas sikap kejujuran dan integriti dalam tugas di mana apa barangan bernilai yang tertinggal di dalam bas dan tren seperti dompet, beg duit, beg tangan, telefon mudah alih dan komputer riba dipulangkan dengan selamat dalam keadaan sediakala.

Di kalangan Kapten-kapten Bas dan Kapten tren LRT dan monorel serta anggota Polis Bantuan, mereka dipuji kerana menjalankan kerja dengan sentiasa bersopan santun dan berbudi bahasa serta menolong para penumpang yang memerlukan bantuan khususnya di kalangan golongan kurang upaya.    

Diperkenalkan di bawah program transformasi ‘Go Forward Plan’ pada 2011, InFORM adalah kata singkatan yang dicipta daripada elemen-elemen ‘Integrity & Honesty’ (Integriti dan Kejujuran); ‘Freedom in Responsibility’ (Kebebasan Dalam Tanggungjawab), ‘Openness’ (Keterbukaan), Resourcefulness (Berkemahiran), dan ‘Mutual Respect’ (Saling Menghormati).

Selain program PEARL, Prasarana, melalui Divisyen Modal Insan, turut melaksanakan melaksanakan pelbagai inisiatif lain dalam memperkasakan nilai-nilai ‘InFORM’, yang menjadi sandaran untuk menjadikan staf dan kakitangan Kumpulan ini dan anak-anak syarikatnya para pekerja berkualiti tinggi bagi membolehkan penghasilan kualiti perkhidmatan berkelas dunia kepada para pelanggan dan pemegang taruh.

Satu daripadanya adalah kempen ‘SMILE’, yang merupakan kata singkatan kepada program  ‘Senyuman Mesra dan Ikhlas, Layanan Efisien’ dan akan dimulakan tahun ini dengan melibatkan staf dan kakitangan daripada seluruh Kumpulan Prasarana dan anak-anak syarikatnya.

Saturday, May 20

Wanita PKR Asyik Tegang Leher. @RazlanRafii


Kalau hidup dalam Dunia PKR sebagai pemimpin Negara, kita akan melihat tidak ada lagi jenaka dan seloroh dalam Malaysia ni.

Dalam kehidupan mereka, hanya akan ada serius dan pusing cakap untuk PKR meraih kepentingan politik.

Kenapalah Wanita PKR ni letak otaknya kat lutut, tengok la video tu elok-elok, adakah ianya sebagai kenyataan yang serius atau berseloroh.

Hidup kita ni kena lah ceria selalu, nak berdialog pun kena ada jenaka agar tidak boring. Kalau asyik nak tegang leher je macam Wanita PKR ni almaklum akan cepat tua la macam Mat Lampir.

Datuk Mohd Razlan Rafii
Ketua Pemuda UMNO WP

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive